Sunday, October 26, 2014

TRIP to PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian mesti korang kenal kan? Korang mencari percutian bajet dan romantik ? so inilah tempatnya. Mungkin ramai yang fikir perlu bercuti keluar negara untuk dapat pemandangan yang cantik.. TAK PERLU!!! sebab Malaysia sendiri ada tempat yang menarik. Pulau perhentian ni terbahagi kepada dua iaitu pulau besar dan pulau kecil. OK dalam blog ni aku nak share sikit pengalaman ke Pulau Perhentian hujung bulan 9/2014.

   Percayalah anda hanya perlukan +-RM500 untuk pengalaman menarik ni(pasal bajet aku cerita di peghujung nanti). Purata harga untuk hotel pun berbaloi start dari RM45-RM ratus2. Untuk jimat boleh pergi ke Long Beach yang terletak di Pulau Kecil sebab situ ade dorm kalau yang pergi grouping. Kebiasaannye mat salleh ramai stay di Pulau besar (Tuna Bay, cocohut, coral view, dan sekitarnya) sebab mungkin tempat dekat ngan snorkling point. Buka pintu trus boleh snorkling.  

   Bila sebut Pulau Perhentian ramai orang akan bertanya dimana. Ok Pulau Perhentian terletak di Terengganu iaitu di Kuala Besut(1jam perjalanan dari Kuala Terengganu bersempadan dengan Kelantan). Cara untuk kesana anda boleh melalui jalan darat atau udara. Kalau jalan darat anda boleh menggunakan WAZE dengan keyword Jeti Kuala Besut. Kalau dengan jalan udara maknanya naik flight turun di airport Terengganu lepas tu mmg biasa ada shuttle van yang boleh hantar kesana

TIPS untuk ke Pulau Perhentian :
1 ) Stanby bawa makanan segera sedikit kerana harga makanan agak mahal di sana(RM10-15/seorang/1xmakan) at least dapat kurangkan kos makan
2 ) kalau smoker stanby jugak la rokok secukupnye
3 ) stanby duit belanja kerana tiada ATM di pulau
4 ) Beli underwater casing (kalau x menyesal sbb coral view mmg superb and di pulau harganya RM100 di uptown boleh dpat RM20 je)
5 ) Tak perlu pakai pakej(sbb lebih jimat dari pergi sendiri kalau grouping la.sorang/berdua tak kisah) 

OK jom aku share pengalaman sikit..


DAY 1

   Aku bergerak dari Temerloh,Pahang jam 1.00 am dan tiba di Jeti Kuala Besut jam 8.00am. Agak lambat sebab aku pergi dengan abang, kakak ipar dan 2 anak sedara aku. Sampai je kat Jeti aku trus drop barang dan pergi cari parking. Jangan risau psal makan sebab kat jeti ada jual breakfast yg sedap2..haha.. Sebab  Akak ipar aku dah siap booking awal2 chalet dengan speedboat sbb ade anak kecil. So aku pun kena la cari sendiri. Untuk ke pulau mmg tiada feri cuma gunakan speedboat sahaja. 

Di sekitar feri Kuala Besut
agak banyak sampah
Kene bayar RM5/head untuk caj pemuliharaan laut

    Perjalanan speedboat mengambil masa 15-20minit dari jeti ( tengok driver ngan boat) dan tambang ke pulau (RM70/head) pergi dan balik. Mase ni naik bot jam 9.30am dan ramai orang naik sekali so boat pun nntah la agak perlahan dari yang pergi dulu.

mak jemah(akak ipar) and his anak 
pak jemah (abg) tapi anak sedara lagi sorg nntah mane(klau prasan awek pkai spek tu usha je aku dari naik bot tadi-encem kot- hahahaa) 

   Akhirnya tiba la di Cocohut Chalet tempat abg menginap bersama isterinya.Chalet abang ambik ni mahal (RM280) sbb nak selesa kan name pun family. Tapi masa sampai dieorang kena menunggu sebab bilik die orang tak checkout lagi.. So aku pun pegi la cari tmpat aku nak bermalam pulak.

untuk ke reception
cafe Cocohut Chalet(lengang lagi)
abangku masih menunggu bilik haaha
ape lagi dah sampai aku kena buat report la kasi awek..haha
penantian satu penyeksaan.haha
mak jemah and anak2
masih menanti..hahaha
   Aku pusing punya pusing dapat la chalet murah skit Mama's Chalet RM70/night(no aircond) yang terletak tak jauh dari abang aku. Tapi 30minit gak la nak cross hutan nak pegi ke Cocohut tu.

sekitar chalet
my chalet
tempat menghadap laut berhampiran chalet
letih cross hutan nampak plak view menarik ni.snap la
    Bila aku sampai balik tempat abg aku dieorang da dapat check in. Aku tngk la bilik dieorang mak ngaihh.. mmg jeles la aku bilik da la besar view pun menarik. Terasa cemburu menghantui diriku ini..haha
dia punya bilik mmg bosar
view dari balkoni bilik (AAA)
sebab xde anak kena la mlayan anak orang..haha
   Untuk aktiviti petang ni aku pun bawak la abg aku jejalan dekat area Chalet aku sebab situ ade tempat snorkling (dekat tepi2 pantai je). MAKLUMAN untuk senang bergerak anda boleh naik taxi boat sbab klau nak jalan mmg susah dan jauh. Harga bergantung ke destinasi (cocohut - mama's -RM5/head)
indahnya dunia

dah sampai - bayor2
berhampiran coral view
mula2 trun xde orang tngk2 ramai plak manusianye..haha
   So mcm tu la aktiviti siang hari pertama. Abang aku pun balik la ke sarang beliau, aku pun balik ke sarang aku. Malam2 tak banyak aku boleh buat kat pulau. Ape lagi ambik kamera ambik gambar la.. sambil dduk tepi pantai tngk bintang dan dengar lagu oldies. Nikmatnya la jadi orang malaysia.
antara gambar yang di shot mase rilek2


DAY 2

   Bile burcuti aku akan terbangun awal tapi time kat rumah nak bungun bukan main susah. So aku pun pergi la keluar mencari boat2 untuk snorkling hari tu. Aku cari dpat harga paling rendah RM45 kanak2 RM25 tapi caj sorang je. Abang aku cari dpat RM50 kanak2 same sorang je caj (4 tempat snorkling). Ok la abang aku proceed ambik yang aku ni. Tu pun aku dpat sebab die ni bawak taxi boat lepas tu abang aku suh duk ngan die je sebab bilik besar buat ape nak ambik sampai 2 bilik kan.

mule2 adik kecik tu nangis jugak naik boat..

   LETs the journey begin. Abam boat ni mmg ok nnti aku bagi fon number die kat korang(di penghujung.

nak amik gambar abam boat tu tapi akak aku lak yang over..aduss
hehe..kacak tak abam botak nih..

ni pulau SUSU DARA(jangan gelak aku sengkeh nnti)
SUSU DARA (aku pun pelik mcm mana dara boleh ade susu)

shark baby. sini ade jerung tapi still kecik dan xmkan org
snorkling katenye (4meter dari pantai)hurmm :(
comel mat salleh ning
dina ni sbnrnye takut ngan ikan2 ni.. ikan sini mmg jinak
view dari pulau rawa
pulau rawa
sebab ni aku suh bawak underwater casing untuk handphone.. korang xkan menyesal punya habis .lagi 1 korang cari shortcut button untuk snap sbb touchskrin xkan function dalam air..
sebenarnye brader blakang tu xtau camner nak snap dlam air so die main rakam je dari mule trun air..hahaha..

Pasir tiga
ni la baru berani skit nak duk dlam air..haishh kakak iparku,,,

ni name die lighthouse.sape yang berani terjun la
masjid di pulau kecil
   Stelah penat snorkling aku pun balik chalet and apa lagi berjemur la.. kate mat soleh.. snorkling trip tadi ambil mase lebih kurang 3-4 jam. Penat tapi sangat berbaloi
sunset di cocohut chalet bagi 4 bintang..huhu
kaco je anak sdare aku nih baru nak feeling sentimental siket
   Stelah kepenatan tibalah waktu malam. Macam biasa tak banyak aktiviti waktu mlam ni sebab xde ape nak dibuat melainkan duduk di tepi pantai dan muhasabah diri.. memang sangat tenang.



DAY 3

    Macam biasa hari paling sedih adalah hari last sebab memang tak puas dduk kat pulau ni sekejap je mase berlalu. Padahal dduk tepi pantai mcam tu je. Mungkin sebab ketenangan kot.Anak saudara aku pagi2 lagi dah kelam kabut nak gi pantai breakfast pun blum..haishhh

boat taxi
   Ok maka tamatlah percutian kami 3hari 2malam di Pulau Perhentian. Tapi kami tak stop mcam tu je kami sampai ke jeti trus kami bergerak ke Kelantan. Ambil mase lebih kurang sejam nak ke Kota Bharu. Overall kami berpuas hati perjalanan ke Pulau Perhentian. Walaupun aku dah dua kali ke pulau tu mmg x puas rasa mcam nak pergi lagi..haha..

   Ada sesetengah gambar aku dah edit tapi mostly mmg original.. Yang aku edit nak tambah menarik je. Tapi walaupun tak edit mmg sangat cantik.. Tak dapat diungkaikan dengan kata2..  



Aku ade ambik nombor phone beberapa orang kat sana ni antaranya
PIAN = 0139164311 ( brader yang bawak snorkling tu.recommend coz brader ni friendly dan baik )
yang lain nnti aku update sbb hilang..hehe

BUDGET
Ok seperti yang saya kata tadi nak bagi budget kan. Ni based on budget trip sebelum ni sebab dua orang. Bilik pun bilik aircond. Pergi pun naik myvi (minyak jimat) manual pulak tu

Petrol Temerloh - Kuala Besut -Kelantan-Temerloh = RM150 dari kl plus lagi RM50
Tol RM 16.80
Parking = RM 7/malam x 2 = RM14
Tiket Boat = RM70/head x 2 = RM140
Chalet = RM100/night = RM200
Snorkling = RM50/head = RM100
Lunch + Supper = RM30/day x 2day and half =RM75
Lain2( sebab bawak fast food n lain2) = RM50

TOTAL : RM745.80 / 2 = RM372.90 #

#noted : ni termasuk minyak untuk pergi bukan untuk di Pulau sahaja. Kebanyakan pakej RM350/head x 2 = RM700 + minyak dan lain2 jadi dekat RM1000 jgak so kat sini dah save +-RM250

~~psstt~~~ Kalau korang nak tnya pape tny la insyaallah aku jawab. Aku pun macam korang jugak tak tau pape sebelum pegi. ni sebab aku dah pergi aku share la. Mane tau membantu korang
Lagi satu komen la pasal blog aku ni sbb 1st time buat blog. tak tau pape ..hehe


   


8 comments:

  1. kena ajar r pula mak jemah cara2 buat blog ok~

    ReplyDelete
  2. kalau boleh setiap gamba yg ko edit 2..letak la name ko atau nama blog ko..haha..takut nanti kene curi je..hahaha

    ReplyDelete
  3. btul tu ade terfikir. tpi sebab kemalasan nak mengedit bnyk tu yg xde tu haha..thanks untuk suggestion...hehe

    ReplyDelete
  4. Top Online Casinos in Singapore | Top 5 Sites and Games bk8 bk8 leovegas leovegas 10bet 10bet leovegas leovegas 11bet 11bet 503 All the Ways to win in the online casino【WG98.VIP】

    ReplyDelete
  5. Hotel & Casino Las Vegas, Nevada - MapYRO
    Find hotels near Casino 제주도 출장안마 Las Vegas, Nevada in Las Vegas, NV. Address; Property Name; Map; Address; 경주 출장샵 Phone number; Map; Map; Map; Map; 천안 출장샵 Map; 울산광역 출장안마 Map  Rating: 8.4/10 · ‎3,488 제주도 출장샵 votes

    ReplyDelete