Ok cara nak ke sini kalau dari KL mesti lah melalui LPT menghala ke Bentong masuk exit Bentong lepas tu terus sampai ke Raub mcam nak ke Gua Musang/Benta. Ok lepas je Pekan Raub perhatikan je signboard tulis Lata Jarum. Ada balai polis di simpang tapi make sure jangan masuk kat gate situ belok terus ke kiri. Masuk jalan terus hampir 11-12km n then sampai la. Ambil masa lebih kurang 2jam perjalanan juga.
Yang aku pergi ni bukan la Lata Jarum tapi kampung yang bernama Chemerkas. Sini ade banyak chalet yang aku menginap ni harga bermula dari RM50-RM180 tempat pun selesa.
Tips untuk Ke Lata Jarum
1 ) Make sure Stanby kan duit lebih sikit sbb nak keluar untuk keluarkan duit dlam 15-20km (pekan Raub)
2 ) Stanby makanan tambahan sebab mlam kedai mmg x bukak
3 ) Dalam ni line phone ade tapi internet mmg mcm takde je.
4 ) Bawa pakaian untuk masuk hutan (tngok bunga reflesia)
Ok Jom aku share pengalaman aku pulak
DAY 1
Aku bergerak dari Temerloh agak lewat petang lebih kurang jam 6.00pm dan sampai jam 0900pm (agak lewat sebenarnya). Sampai je malam tu terus check in sebab da mlam takde pape nak dibuat dalam hutan ni. So lepak2 dan makan nasi impit yang di bawa je. Waktu sampai ni hari Khamis mmg bukan peak time la, plus ade sorang je da check in time ni. Kat sini memang sejuk tak payah nak sibuk2 ambik bilik aircond. Aku ambik bilik RM50/night je. Abang ngan akak ipar aku ambik bilik besar sikit RM120/night. JELES PUNYA PASAL malas aku nak ambik gambor.haha
Mula2 sampai memang syok sebab blakang bilik aku sungai so mlam ni aku tido dengan background bunyi air.. (perghhh ketenangan di rasai)..
DAY 2
Macam biasa aku akan terbangun awal di pagi hari. Pagi ni bangun awal so boleh pegi pasar yang berada tak jauh dari chalet kami. Kat pasar ni memang ada mcam2 makanan tradisi penduduk sini. memang sedap sgat. Ow lupa suhu pagi kat sini lebih kurang 16-19 celcius mmg sejuk mcm kat Genting.
aku memang x leh berpisah ngan camera aku tu..haha |
bilik yang warna cream tu RM180/night ada 2 queen bed yang aku mcam wrna coklat tu belakang ade sungai |
macam biasa bilik akak ipar aku mmg nak grand je..haaha |
belakang bilik aku pnye view amacam
Lepas je breakfast aku pun keluar la mencari tempat ambik gambar.. haha
|
Jalan menuju ke Lata Jarum |
Lata Jarum |
Lata Jarum |
bunga pada batu di Lata Jarum |
Ok da siap2 mandi sungai bagai kiteorang pun balik la ke chalet kami. Bukan balik rilek je sambung lagi mandi kat sungai belakang bilik aku pulak. Naik kecut bdan aku. Dah la sejuk air die..grrrrr
Pada petang hari kami pun tringin la nak naik Joy Barrel Ride (RM 5/head or barrel). Joy Barrel Ride ni bawa kiteorang jalan2 pusing kampung. Jauh jugak la so rase Berbaloi jugak. Tambah pengalaman aku buat benda pelik2 ..hahaha..
Joy Barrel Ride |
ni selfie pakai dslr tau..haha..korang ado? |
u turn time.. Yang pakai baju biru tu nama die capix..(adik sis in law ) |
balik2 dan lagi shot lagi gambar.bilik Abang aku yang tingkat atas belah kiri tu |
aku ni mmg bermasalah klau melancong(xleh nak lepas kamera) |
Macam tu la malam disini kebetulan mlam tu ade bola Pahang vs Kedah memang kecoh la sbb Pahang menang. Tapi klau buat BBQ kat sini memang meriah sgat.. Ow lupa petang hari ni tibe2 ramai orang datang ade yang kursus , family day la bagai.. meriah semacam plak. Tapi tetap tenang..
DAY 3
Hari ketiga ni mmg hari yang ditunggu sebab ape? sebab kami akan pergi tngok bunga reflesia..yeahhh... Tapi permulaan pagi hari aku keluar lagi shooting2 gambar.. Sebab nak cari gambar yang terbaik..haha.. Pelik2 la aku ni.. tapi gambar terbaik aku tak masuk dlam blog sebab aku nak biarkan die jadi special selamanya..huhu..
Siap je ambik gambar aku pun balik ke chalet tuk bersiap pegi tngok bunga reflesia plak..sampai2 ke chalet tngk2 mak jemah and the gangs(sis in law dan anak beranak) mandi dlam swimming pool plak mana boleh tahan aku pun terjun la skali..haha.. Air swimming pool ni dtang dari air sungai so tetap sejuk jugak..
abaikan tayar spare aku tu..haha |
menunggu transport ke hutan |
perjalanan ambil masa sekitar 20-30 minit ke tempat masuk hutan |
budak ni anak anak sape nntah tapi nak menumpang..huhu |
mak jemah masuk hutan..haha |
bunga reflesia |
bunga ni nampak manjje je ngan aku |
yang paling kecil ambil masa lebih kurang 9bulan untuk kembang |
yang ni berkembang lebih kurang 1-2 bulan yang lepas |
tak tau la nak ke hutan ke shopping mall |
terima kasih sebab bawak datang sini bang huhu |
Mesti korang nak tanya bajet brapa kan.. ok mcam biasa aku buat kiraan untuk 2 orang dan yang jimat. Ni aku buat dari KL-Raub-Kl
Petrol = RM70
Tol = RM16
Hotel = RM50/night x 2days = RM100
Joy Barrell Ride = RM5/head x 2 = RM10
Flying Fox = RM3/head (boleh bnyak kali main) x 2 = RM6
Lain2 (makan,cenderamata bagai) = RM50
TOTAL = #RM252
JIMAT KAN? BAHAGI DUA BARU JADI RM126 SEORANG.
Yang flying fox tu x sempat nak buat sebab bnyak buat benda lain..huhu...SO tak yah susah nak berbelanja tinggi untuk percutian just perlukan masa dan effort je..
sini aku bagi flyer untuk chalet aku tu..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMasuk hutan tu kena da ranjer or boleh masuk tnpa ranjer?
ReplyDeleteBunga tu Melayu panggil bunga Pakma. Kenapa nak pakai nama lanun orang puteh tu ?
ReplyDeleteHehe
Agak2 cukup tak nak booking chalet untuk 28 org ?
ReplyDelete