MELAKA memang satu Malaysia tau sebab menyimpan pelbagai tinggalan sejarah kesultanan melayu. lagipun kalau bukak buku teks kan memang asik2 pasal Melaka.haha.. Tanpa sejarah siapalah kita kan.
Pada awal bulan 10/2015 entah macam mana boleh plak terpikir nak melancong ke Melaka ni. Padahal dulu aku pernah bekerja di Melaka. Untuk pengetahuan korang Melaka ni mmg tempat yang best untuk tinggal SEBAB maknan murah(kene ngan tekak aku lak tu),sewe rumah murah (yang aku duk dulu RM350 je-teres-) , yang lagi best nak pergi mana2 senang pantai,shoping mall, makan. Sebab negeri kecik kan so senang la. Yang tak tahan selang 100meter trafik light. Office dngan rumah aku ade la dalam 500-700meter trafik light da 2 kene redah.
Ramai orang ckap Melaka takde longhat kan SALAH. Melaka memang ade longhat contoh ayat "besau nau locker dak syed ni" bermakne "besarnye loker si syed ni" dieorang akan panggil orang lagi mude or kawan2 dengan "dak" means budak la kan dan di ikuti dengan nama. Orang Melaka ni pun slalu menggunakan hujung die "au" contoh-"besau" "lahabau" "nau" "pinau"..Jangan pelik klau orang bercakap kasar ngan kite sebab memang orang Melaka ni bahasa die kasar sikit macam nak cari gaduh.Tapi hakikat die ok je baik je.. Menarik kan? ok la tu serba sikit warna warni di Melaka.
OK boleh sambung cerita pasal trip aku ni.. Kali ni percutian singkat 2 hari 1 malam(sebab takde duit.. wuuu~~~~)
DAY 1
Beza trip kali ni aku bermula dari Shah Alam tapi same je sebab aku pegi Triang,Pahang sebab nak ambik awek aku. Lagipun aku pergi dengan kawan aku n die bawak awek die. Tak kan nak biar die sorang je pompuan. So aku bergerak dari Shah Alam jam 2.00pagi ke Pahang dan pergi melalui Negeri Sembilan. Perjalanan ni mengambil masa lebih kurang 5-6 jam.
Sampai2 je ke Melaka jem otak tak tau nak buat ape sebab pagi sangat (jam 0800am). So aku pun bawak la jalan gi Pantai Klebang dulu. Memang banyak perbezaan dulu dan sekarang kat Klebang ni. Siap ade hotel dalam bas lagi. Memang menarik korang patut search dan pegi tau. Sory aku xde gambar sebab tak terfikir nak buat blog ni.haha.. Tapi gambar kami kat pantai ade..
Permulaan kami di Klebang memang indah ade orang main layang2, jalan2 n mcam2 lagi. Ade la dalam setengah jam lepak kat situ tiba2 awan gelap lpas tu angin kuat. Seram la jugak aku wei. mcam nak tsunami pun ade.. Terus je aku chow(pergi)
Pantai Klebang |
Dari situ gi la Dataran Pahlawan plak. Ok la sebab dah ade orang kan.Kami pun jalan2 la di sekitar Kota A'famosa. Aku pun pelik sebab rase seronok plak pergi kali ni (mungkin sebab aku da pakai DSLR kot). Meh tengok sikit gambar yang aku snap (tak berpuas hati sebab jerebu yang kuat)
Bunga di Dataran Pahlawan |
Tengah2 jalan jumpe plak amoi ni buat Pemeriksaan Kesihatan percuma (ingat nak jual ubat) rupanya bukan dieorang just sukarelawan yang ade buat tips untuk kuruskan badan dan hidup yang sihat. Memang bagus (sebab aku gemuk kan..haha) die ajak join tapi Melaka tu jauh plak.
Perjalanan diteruskan jumpa plak artis melukis gambar dkat keretapi ape lagi snap la..haha
muzium UMNO |
practice slow shutter.. |
Galeri Laksamana Cheng Ho |
view dari atas. trukkan jerebu |
rumah pegawai melaka |
depan Dataran Pahlawan Mall |
kota A'famosa |
Jam pun dah tunjuk pkul 0200pm tapi aku tak check in lagi. Member aku da booking online dah. So pegi la check in area Kota Portugis tu. ok la RM70/night bole la klau setakat nak stay kan ade aircond. Tapi untuk korang aku suggest cari kat area Jonker Walk.
Sebab ape aku cakap check in kat Jonker Walk. Sebab aku klau melancong memang nak something yang difference. Korang bayangkan korang dduk dlam hotel yang berusia puluhan tahun(klasik/nostalgik) perghhh..ade lagi satu sebabnya
Sebab sepanjang aku duk kat Melaka aku tak tau yang JONKER STREET ni best time mlam tambah malam minggu yang aku tau jusco,pantai,makan tu je.. Memang mlam minggu Jonker Street ni best. Ade macam2 makanan yang pelik2 dan sedap. Korang patut cuba yang ni.. Kat bawah ni Lobak goreng sedap tapi make sure mintak kuah lebih tau. Rase die mmg lain. Lagi 1 tanya dulu halal ke tak sebab banyak chinese yang jual. Sebelah die gula2 ketuk, memang kena cuba.haaha
Tugu Peringatan Datuk Wira Gan Boon Leong |
uncle main biola...lupe nak sruh main lagu "song from a secret garden" mesti meleleh airmata |
Tepi Hard Rock |
Jambatan dekat Hard rock |
banggunan Christ Church |
Berakhirlah night life di Melaka. Korang jangan pelik sebab bandar Melaka ni memang tak mati walaupun dah malam. Sentiasa ade orang atas jalan. Mase di Jonker Street ada jumpe sorang uncle jual TEROMPAH entah macam mane aku bole rasa nak beli plak. Tapi die kate bole buat custom made tapi kena gi kedai. Aku pun ok je la..
DAY 2
Pagi hari kedua laju je aku bangun nak pergi kedai uncle ni. Cari punya cari jumpa la kedai uncle ni. Terletak dekat dengan Hard Rock. Korang kalau mesti nak beli cenderamata kan bagi aku ni cenderamata paling BERHARGA sepanjang aku pergi bercuti mana2. Yang pertama of course la sebab Terompah ni macam signature pada Melaka kan. Tapi uncle ni buat Terompah costum untuk aku plus uncle ni baik. Borak2 share pengalaman die kat aku siap tanya pendapat sebab nak buat tingkat atas ni hotel ok ke x. (TERHARUU).
Tak ramai yang buat Terompah kat Melaka ni. Uncle ni salah sorang. Benda macam ni patut dikekalkan sebab ia ade sejarah tambahan pulak ianya khazanah kita. Siapa lagi yang nak kekalkan warisan negara kalau bukan kita. Betul tak?
Signboard Kedai uncle ni |
Thanks uncle sebab gigih buat terompah aku.. |
Sekitar sungai Melaka ni memang banyak lukisan di dinding yang menarik.. Kalau korang naik river cruise tu boleh la tngk lukisan2 kat dinding. memang menarik.
Gambar last sebelum nak balik.. Terompah dah siap dah get ready nak balik..sedihhhh.....
Sebenarnya banyak benda tak buat lagi coz kesuntukan masa dan bajet. Contohnya River Cruise sungai Melaka. Menara Taming Sari. Muzium2 dan mcam2 lagi. Ok kali ni aku tak post pun pasal makanan. Macam aku cakap tadi aku tak terpikir nak buat blog lagi time ni so mmg xde gambar la. tapi akan share gak mane nak cari makan sedap
Ok untuk di pagi hari korang kena bergerak awal lebih kurang 6.30am untuk ke Pasar Borong Melaka yang terletak di area Batu Berendam. Kat sana korang akan jumpe pasar yang jual berbagai makanan pelik2 makanan tradisi di Melaka. Kebiasaannya korang makan lontong kan sebenarnye tu breakfast dieorang.. haha..
Untuk tengah hari dah semestinya Asam Podas kan. Yang ni bnyak choice.. Kalau geng ngan aku (kurang tahan pedas) bukak waze cari Kota Portugis (dari bandar hilir).. nanti Waze akan bawak lalu kat kubur dekat dngan jalan, depan sikit ade simpang tiga,belok ke kanan, lepas je belok kanan nampak la kedai die kat kanan jalan, bawah pokok besar dekat ngan rumah kampung. Kalau kuat pedas cari la di area Kota Laksamana memang semua pedas2. Kelainan ASAM PEDAS kat Melaka ni dah tentu pada rasa tapi selain tu dieorang ade ASAM PEDAS TELUR IKAN korang patut cuba. Ala klau asam pedas lain kat KL berlambak.
Petang ni kena santai sikit makanan die. Biasa korang dengar Coconut Shake Klebang kan yang sedap.. tettttt SALAH.. Sebenarnya COCONUT SHAKE BATU BERENDAM lagi sedap. Biasa orang tempatan yang tau sebab tempat orang luar jarang lalu. Beza die rasa yang berbeza dan ade chocolate rice. Buat die rase nyum nyum. Yang ni boleh guna Waze cari sebab memang ade.
Untuk malam ape lagi seafood la yang femes tentulah kat Umbai kan. Tapi ade yang lagi murah dan sedap dari Umbai tu. Aku pun da lupa ape name tempat tu (nanti kalau ingat aku update). Sebab dia tersorok sikit kena masuk ke kawasan perumahan. Situ ade perkampungan nelayan jalan yang sama dengan nak pergi ke Umbai. Kalau rajin korang boleh tanya orang Melaka.
OK la panjang ngat berleter tak guna. mase tuk BAJET BELANJAWAN YE..
Macam biasa KL-Melaka-KL and rate termurah
PETROL = RM100
TOL = estimate RM30
HOTEL = RM80/night x 2 = RM160
AKTIVITI :
ZOO = RM10/head x 2 = RM 20
Muzium kesultanan melaka = RM2/head x 2 = RM 4
Muzium Samudra = RM3/head x 2 = RM 6
Menara Taming Sari = RM20 x 2 = RM 40
River Cruise = RM10 x 2 = RM 20
LAIN2( mkan/beli itu ini ) = RM 200
TOTAL = #RM580
OK la kan BAJET die.. Hotel klau area Jonker Street dalam range RM60 - RM300 ikut lokasi.. Memang kena survey kalau boleh booking online sebab slalu full
Yang uncle buat terompah tu boleh hubungi kat no ni 0166761926 (lorong hang Jebat depan sikit dari Hard rock)
Sory kalau post kali ni tak menarik sangat coz memang x banyak gambar yang menarik tapi kalau nak tny pape boleh komen.insyaallah sy reply.
menarik...tapi mase nie xbnayak tangkap gambar kan..ishhh,,,
ReplyDeletetu la pasal.. kecewe sikit..hurmm
ReplyDeletetakpe2..lepasnie..berjalan.kene wajaib tangkap gamba ye...
ReplyDeleteda jadi benda wajib da amik gambor tuh..hihihihih
ReplyDelete